|
|
Info Serunding

Serunding adalah sejenis masakan popular yang berasaskan Daging , Ayam atau juga Ikan yang
dimasak berempah. Lazimnya, serunding akan dimasak sehingga bahan masakan
menjadi agak kering . Walaubagaimanapun, kadangkala ,ada juga serunding yang akan dibiarkan
menjadi sedikit berminyak contohnya ketika memasak serunding daging. Ini kerana ,
serunding dalam keadaan yang demikian itu akan menjadikan serunding yang dimasak
menjadi lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
|
Negeri Asal Pembuatan Serunding

Pembuatan serunding adalah berasal dari Cik Siti Wan Kembang , iaitu Negeri Kelantan
Darulnaim. Industri ini banyak diusahakan secara tradisional di kawasan perkampungan di
sekitar perkampungan ,pekan-pekan dan bandar-bandar negeri Kelantan. Kini ,terdapat juga pembuatan serunding di bandar-bandar lain
di negeri-negeri selain kelantan. Namun ,ia tidaklah begitu popular jika dibandingkan dengan penghasilan di negeri Kelantan. Ketika ini, Kelantan masih lagi menjadi
negeri yang paling popular dan paling banyak memproses aneka jenis serunding di
Malaysia.
|
Penyediaan Serunding

Proses penyediaan serunding adalah unik dan perlukan kemahiran dan kesabaran.
Ini kerana proses pembuatannya adalah agak lama. Ia perlu dimasak dan digaul
tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja serunding yang
diproses akan tahan lebih lama. Antara produk serunding yang biasa adalah serunding
berasaskan Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis.
|
Sajian Serunding Untuk Hari Raya

Serunding adalah merupakan hidangan yang pada asalnya lazim disajikan pada
Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding
terutama apabila terdapat lebihan simpanan daging korban pada setiap Hari Raya
Haji @ Hari Raya Korban. Namun kini, serunding tidak lagi hanya disajikan pada
sambutan perayaan tertentu sahaja , akan tetapi oleh kerana rasanya yang lazat
dan enak kini ia sudah menjadi menu yang lazim dan tidak kira masa bagi
sesetengah masyarakat kita.
|
Penggemar Serunding

Ramai kini sudah kian menggemari kelazatan dan keenakan rasa serunding .
Penggemar serunding bukan lagi hanya dari kalangan rakyat kelantan sahaja akan
tetapi kini mencakupi seluruh rakyat Malaysia dan juga mungkin rakyat luar
negara yang pernah berkunjung ke Malaysia.
|
|
Pelbagai Jenis @ Bentuk
Serunding
|
Serunding Daging |

|
Serunding daging atau juga
sering disebut sebagai sambal daging adalah diperbuat daripada daging yang dicarik-carik halus.
Daging tersebut kemudiannya akan digoreng beberapa ketika dengan rempah khas
yang dibuat untuk pembuatan serunding.
|
Serunding Ayam |

|
Serunding ayam atau sambal ayam adalah diperbuat daripada daging ayam yang dicarik-carik
halus. Daging Ayam yang telah dicarik-carik itu akhirnya digaul dengan rempah
khas dalam pembuatan serunding dan kemudiannya digoreng sehingga tempoh
tertentu.
|
Serunding Ikan |
|
Serunding ikan atau juga sambal ikan adalah diproses daripada isi-isi
ikan terpilih yang telah dihancur-hancurkan. Isi-ikan yang telah
ditumbuk hancur kemudiannya akan digaul dan digoreng dengan rempah
khas untuk pembuatan serunding.
|
|
Untuk Sebarang
Pesanan @ Tempahan
Sila Gunakan Borang
Online Berikut
|
KAEDAH PEMBAYARAN YANG DITERIMA
Sila Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pembayaran. Harap Maklum.
UPDATE
: SERUNDING.i1CORNER.COM
"Terima kasih kepada semua para pelanggan setia kami. Selamat menikmati
kelazatan serunding asli dari kampung laut , Kelantan dan Selamat Menjamu Selera."
|
- Ai One Enterprise -
09-7191877 @ 010-3035202
|